Saya ada
terdengar bahawa terdapat 2 jenis kamera SLR di pasaran sekarang iaitu
SLR Autofocus dan SLR Manualfocus, dan dikatakan jenis SLR Manual
focus lebih baik dari SLR Autofocus. Adakah itu benar dan bagaimana saya
ingin membezakannya. Bolehkah encik berikan contoh jenamanya?
Hazmi Naz, Kelantan
Jawapan:
SLR Autofocus
dan Manual Focus memang ada bezanya
Kebanyakan AutoFocus dibena dengan ciri-ciri "Program Digital". Kerana
kamera ni memerlukan batteri untuk berfungsi. Aperture, Shutter Speed
diprogram dalam binaan elektronik. Dengan cara ini segala bacaannya akan
keluar dalam bentuk angka digit.
Kamera jenis ini memiliki bacaan Aperture, Shutter Speed yang lain sedikit
dari kamera manual. Contoh Aperture tidak seperti bacaan dalam senifoto
standard umpamanya f32,f22,f16,f11,f8,f5.6,f4,f3.5,f2.
Kamera autofocus memberi bacaan tambahan contohnya antara f22 dan f16
akan wujud f19. Kalau kamera manualfocus hanya wujud bukaan one stop saja,
tapi pada kamera autofocus akan diberi bacaan terus
Begitu juga Shutter Speed. Bacaanya diberi dalam tambahan . contohnya
jika kamera manual,
1/1,1/2,1/4,1/8. Tapi pada kamera autofocus bacaan tambahan akan wujud
diantara 1/2 dan 1/4 ialah 1/3.
Kebanyakan fungsi aperture dan shutter speed terbina pada badan kamera.
Kamera autofocus agak rumit jika digunakan pada objek sedang bergerak.
Namun bagi anda yang memiliki masalah penghitang, boleh menggunakan kamera
autofokus kerana ketika bekerja dikawasan suram ia akan memberi kelebihan.
Kelemahan pada kamera jenis ini ialah penggunaan batteri yang agak kuat.
Ini kerana segala fungsinya diaktifkan dengan kuasa batteri.
Kebanyakan jenama Nikon, Canon memliki kamera jenis ini. Umpamanya Nikon
F55, Nikon F80